Saturday 31 December 2016

CARA DAFTAR PEMANDU UBER MUDAH SANGAT SEBENARNYA

Bagaimana Cara Mudah Mendaftar Untuk Menjadi Pemandu Uber Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya banyak menerima individu-individu yang membuat pra-pendaftaran menggunakan kod rujukan/referal saya tetapi tidak menyelesaikan pendaftaran sehingga melayakkan mereka menerima imbuhan mendaftar sebagai pemandu baru. Maka saya menulis entri ini agar anda faham keseluruhan proses pendaftaran seterusnya mempunyai peluang untuk menambah pendapatan sebagai pemandu Uber. Ianya sungguh mudah dan lumayan sekali!

Langkah Pertama

Anda perlu klik link di bawah ini dan melakukan pendaftaran online. Isi nama dan maklumat lain yang di minta. Sila pilih bandar yang betul semasa membuat pra-pendaftaran. Jika ingin memandu di Johor Bahru jangan pula mendaftar untuk Kuala Lumpur. Kerana akaun anda hanya akan aktif di bandar mana anda mendaftar. Sehingga September 2016, Uber Malaysia hanya terdapat di 6 buah bandar sahaja iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu dan yang terkini Kuching (Melaka awal 2017). Setelah itu sila upload semua dokumen diminta. Caranya mudah iaitu anda hanya perlu menambil gambar dokumen atau upload image file. Diikuti dengan mengemaskini maklumat akaun bank kerana Uber bayar guna GlobalPay setiap minggu terus ke akaun anda. Ini adalah link tersebut  













Selesai fasa ni Uber akan SMS anda. Sila jangan hentikan penerimaan SMS dari Uber
Langkah Kedua

Selesai membuat pra-pendaftaran, anda akan menerima sms dan email di no HP dan email yang anda guna semasa membuat pra-pendaftaran. Email dan SMS tersebut akan menerangkan langkah seterusnya iaitu anda perlu menghadiri taklimat di tempat dan masa yang telah ditetapkan.Bagaimanapun kini dengan kemaskini terkini, mereka cuma menyuruh anda menonton video sebagai ganti taklimat kerana lebih efisyen. Ini adalah traning video tersebut.
Langkah Ketiga

Sila hadir ke lokasi taklimat pada masa yang ditetapkan dengan membawa sekali kenderaan yang akan digunakan untuk tujuan Uber berserta IC, cover note insurance dan dokumen lain yang diarahkan dibawa bersama seperti yang dimaklumkan melalui SMS dan email yang telah anda terima. Ketika taklimat anda akan didaftarkan oleh staff yang bertugas. Mereka akan memeriksa kenderaan dan latar belakang pemandu. Kereta yang berusia lebih 7 tahun tidak diterima. Tidak boleh berbahasa Inggeris juga tidak diterima kerana 70% penumpang tidak tahu berbahasa Melayu atau bahasa tempatan (pelancong). 

Selesai sesi tapisan dan pendaftaran, mereka yang berjaya akan diajar bagaimana beroperasi sebagai pemandu peribadi Uber. Sila maklum bahawa pemandu Uber memiliki status yang lebih tinggi sebagai pemandu peribadi. Jika anda tidak menerima sebarang sms atau email untuk taklimat, anda boleh skip ke langkah keempat.

Langkah Keempat

Sila semak akaun pada applikasi Uber Partner anda samada sudah diaktifkan atau belum. Bagaimana  nak tahu akaun dah aktif ke belum? Jika anda mendaftar melalui link saya, saya akan dapat menyemak status pendaftraran anda. Melalui applikasi Uber Partner, jika apps anda sudah mempunyai pilihan untuk online, itu bermakna akaun anda sudah diaktifkan. Apabila sudah diaktifkan anda boleh terus memandu ;-) 


Untuk pemilik android, anda boleh cari apps Uber partner di Play Store dengan icon seperti dalam gambar. Untuk pemilik ios pula, anda perlu download dan install dari link dibekalkan Uber ini.


Jika anda lihat sudah ada pilihan untuk Go Online, bermakna akaun anda telah aktif
Untuk pemandu baru, anda mungkin menerima sign up reward selepas menyempurnakan sejumlah trip ditetapkan Uber. So basically ini sahaja la yang perlu dilakukan untuk anda mendapat pendapatan sampingan. So kat bawah ni screen shot payment saya pada minggu pertama. Saya daftar hari khamis, drive bermula hari Jumaat petang hingga hari Ahad...3 hari.



TERIMA KASIH SEMOGA BERJAYA

No comments:

Post a Comment