Saturday 31 December 2016

AKU DRIVER UBER

Pengalaman Awal Sebagai Pemandu Uber

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik pejam celik dah setahun dah saya menjadi pemandu Uber. Sempena beberapa hari lagi nak puasa, saya nak tulis satu entri sempena setahun saya drive Uber.  Hari ni saya nak share sikit la pengalaman menjadi pemandu Uber ni macam mana. So u'll get the idea. 

Masa tu dua minggu sebelum raya 2015 Time tu terdesak nak pakai duit..al maklumlah raya kan..mau nya tak pakai duit..hehe..saya tahu mengenai Uber ni melalui kawan kepada suami kawan saya. So lepas buat sikit internet research saya pun install applikasi Uber Partner..(sila daftar di sini dahulu)

Kalau tak silap saya, saya install apps tu hari isnin, arahan untuk hadir taklimat adalah pada setiap selasa dan khamis. So selasa tu memang tak sempat nak pergi, saya pergi hari khamis. Masa saya datang tu, terdapat lagi sekitar 10 orang pemandu baru. Satu persatu driver baru mereka daftardan interview..

Selesai sesi pendaftaran, seorang staff bertugas akan menerangkan bagaimana mengoperasikan applikasi Uber Partner, apa tatacara perlakuan sebagai pemandu Uber dan bagaimana menjadi pemandu Uber yang profesional. Bahasa komunikasi adalah bahasa Inggeris. 

Selesai taklimat saya balik rumah. 1st time beb. Mesti la rasa gugup. hahaha..saya Google YouTube tonton video video pemandu Uber luar negara bagaimana mereka lakukan ketika hari pertama sebagai pemandu Uber. Dari situ saya dapat idea bagaimana seharusnya saya lakukan. 

So esok paginya saya online dari rumah kat Skudai. Saya drive ke tempat yang mungkin pada fikiran saya boleh mendapat penumpang pertama. Saya park kat Perling Mall. Tunggu bawah pokok. Tak ambil masa lama untuk dapat request pertama (budak Uber panggil request sebagai 'bip' sempena bunyi apps apabila request masuk). 

Rider pertama saya seorang amoi yang nak pergi kerja. Masa tu pukul 9.30 pagi kalau tak silap. Sampai depan rumah, saya call untuk confirmkan alamat rumah. Sesudah depan rumah saya turun kereta dan bukakan pintu untuk beliau. Bila dah masuk semula kereta saya slide start trip dan destinasi rider dipaparkan. Lantas saya terus pilihan navigate untuk bantu saya ke destinasi menggunakan navigasi Waze. Destinasinya tak jauh cuma ke Bukit Indah je. Dia nak buka kedai. 

Laluan dicadangkan adalah melalui tol Perling. So jika dalam perjalan tu ada melalui tol, kita yang perlu bayar dulu tol tersebut. Saya bayar menggunakan Touch N Go. Apabila selesai menurunkan penumpang. Resit akan dijanakan oleh apps berdasarkan jarak dan tempoh perjalanan. Ini adalah contoh tambang perjalanan pertama saya ;-) Tambang ni sudah termasuk tol yang saya lalu semasa menghantar penumpang.
Hari pertama saya berjaya buat 7 trip. Tu pun saya tak online lama sangat. Maklumlah..tengah bulan puasa. Saya drive pagi dalam pukul 9am sampai tengahari, kemudian petang pukul 5pm baru sambung semula sehingga waktu berbuka, saya pulang ke rumah. 

Rata rata pelanggan Uber saya peramah dan baik, ada juga yang memilih untuk diam. Saya tak kisah. Janji duit masuk. hehehe. Bagi saya memandu Uber ni adalah peluang untuk menambah sedikit wang ketika kita memerlukan. Ianya adalah alternatif menggunakan kapital yang kita sudah sedia ada iaitu kereta sendiri.

Minggu pertama saya drive Uber cuma sempat untuk 3 hari sahaja iaitu Jumaat Sabtu dan Ahad. Jom lihat payment statement saya untuk minggu pertama drive.

Suka saya nak maklumkan bahawa bila kita memandu Uber, Uber menawarkan insentif tambahan selain tambang yang kita peroleh. Salah satu insentif terawal adalah sign up reward. Tapi yang terkini nak dapat sign up reward anda perlu complete sejumlah trip yang Uber tetapkan. Sebagai contoh 25 trip untuk KL manakala JB 50trip. 

Selain insentif pendaftaran yang diterima sekali sahaja, Uber juga tawarkan insentif lain. Bagaimanapun insentif ini berubah mengikut masa dan situasi. Sebagai contoh insentif seperti dalam gambar ni adalah insentif untuk bulan Julai 2015, ianya tidak sama dengan Julai 2016. 


Apa insentif terbaru saya taknak ceita di sini sebab nanti info tu obsolete dan saya kena update entri ni. Nanti bila anda dah daftar sebagai pemandu anda akan menerima sms dan email dari Uber bila ada perubahan insentif. Dalam sms dan email tu akan diberi link ke blog Uber spesifik ikut bandar mana anda daftar untuk memandu. 
Contoh insentif terkini untuk driver Johor Bahru bagi bulan Ramadhan 2016
Uber tawarkan tambahan RM200 sebagai duit raya jika berjaya memenuhi kriteria
Sebab selain situasi dan masa, insentif juga berbeza mengikut bandar kerana berbezaan market. Sebagai contoh Uber menawarkan insentif RM2000 seminggu untuk pemandu KL manakala cuma RM1000 seminggu untuk pemandu JB.

Ok berbalik kepada payment statement saya di atas, anda boleh lihat selain pendapatan tambahan melalui insentif, kita juga boleh dapat lebih melalui surging. Kalau dalam bahasa Melayunya 'pusuan'. Surge adalah keadaan di mana demand melebihi supply. Ayat mudahnya driver tak cukup. So tambang akan naik ikut nilai pekali. 


Dalam gambar atas anda nampak 1.3x kan. Maknanya saya peroleh 30% lebih dari tambang asas. Nilai pekali surge ni berbeza. Paling tinggi saya pernah dapat 4.7x. Tambang RM8 saya terima dalam RM30 lebih. Seronok tak? hehe. Kalau tak seronok meh saya tunjuk 2 gambar yang lebih best.
 
Contoh surging merata tempat
Contoh jumlah surge yang tinggi hasil dari pengurusan bijak. Untuk fare RM195 kebiasaannya modal petrol adalah sekitar RM40.

Lepas berpuas hati menerima sebanyak ini untuk 3 hari pemanduan, minggu seterusnya saya drive penuh 7 hari. iaitu seminggu sebelum raya dan ini apa yang saya peroleh.
Waktu tu saya rasa syukur sangat sebab dalam masa 10hari sebelum Hari Raya saya berjaya peroleh hampir RM1450 dengan memandu Uber. Saya tak janji bulan bintang jika anda berminat untuk drive Uber ni sebab nak drive kena bijak. Drive Uber ni bukan macam kerja makan gaji, tapi lebih kepada business. Pengurusan kewangan dan kos operasi kena jaga baru boleh untung banyak. Jika di ikutkan setahun pengalaman drive Uber ni ada banyak. Tak tertulis dengan satu entri. Jika anda ingin mencari alternatif menambah pendapatan, anda boleh mendaftar melalui blog saya dengan klik link di bawah. Apa yang penting? Usaha, rajin dan keep moving on ;-)




No comments:

Post a Comment